Sejarah Celak Mata (Eyeliner)


Pada awal 10,000 Tahun Masehi, celak mata pertama kali muncul di zaman Mesir Purba dan Mesopotamia. Ketika itu, lelaki dan perempuan yang berstatus tinggi menggunakan celak untuk melindungi mata daripada kedutan yang terbentuk selepas pendedahan berterusan kepada angin padang pasir, matahari dan haba.



Walaupun celak hanya salah satu daripada banyak produk kosmetik yang digunakan oleh mereka ketika itu, namun ia tidak pernah terkeluar dari dunia fesyen. Malah terus dipakai oleh kedua-dua golongan bangsawan dan kelas yang lebih rendah sehinggalah zaman kejatuhan Mesir di tangan Empayar Rom.

Celak bukan saja aksesori fesyen tetapi juga konotasi kepada agama dan tuhan-tuhan mereka. Apabila zaman kian berubah, penggunaan celak menjadi statik, membuktikan bahawa rakyat Mesir meraikan agama mereka dengan pengabdian yang beribu tahun ini.

Selepas zaman kejatuhan penggunaan celak Mesir di Eropah, penggunaannya semakin sedikit semasa pemerintahan Empayar Yunani dan Rom. Di Asia, celak kekal digunakan, tetapi tidak berjaya mempengaruhi fesyen Eropah.

Era celak datang kembali pada tahun 1920an, apabila ramai wanita meninggalkan era fesyen Victoria dan menggilai fesyen baru; balet, pelakon pentas, Hollywood, ahli muzik dan fotografi.

Syarikat-syarikat kosmetik antarabangsa mula melihat ini sebagai industri yang baik untuk kembali. Ciptaan baru muncul setiap bulan, dan ramai perempuan bersedia untuk mencuba apa saja asalkan membuat mereka kelihatan seperti pelakon Hollywood kegemaran mereka.

Celak mula popular pada 1922, selepas penemuan arkeologi yang menakjubkan oleh orang Inggeris, Howard Carter dan George Herbert. Di bawah piramid besar Giza mereka telah menemui makam purba firaun Mesir Tutankhamun, dengan segala kekayaan dan barangan seni yang masih utuh. Liputan secara besar-besaran ini secara tidak langsung memperkenalkan celak mata gaya Mesir Purba di barat, di mana ia diterima serta-merta.

Selepas penggunaan celak antara tahun 1920an dan 1960an, pada 1970an gaya baru menggunakan celak muncul. Punk dan fesyen Gothic bergantung kepada kesan solekan mata dramatik; celak, pembayang mata dan maskara antara produk yang paling banyak digunakan dalam kosmetik mereka. Pada abad ke-20an, budaya Emo mempopularkan celak dalam populasi lelaki.

Sejak celak muncul dalam fesyen moden, ia menjadi sangat popular di kalangan wanita dan sukar melepaskannya tanpa dikenakan pada wajah.


0 Response to "Sejarah Celak Mata (Eyeliner)"

Post a Comment